Si Jimi Mau Jadi Backpacker
Jimi, urang Sabah asli, punya plan mau pigi pusing Sabah sorang-sorang. Konon-konon dia mau jadi backpacker macam urang putih tu. Semua dia plan awal-awal—dari KK ke Kudat, lepas tu turun ke Sandakan, last sekali ke Semporna sebelum balik KK.
Biar betul, si Jimi bukan jenis travel jauh. Paling jauh pun dia pigi Papar kalau ada kenduri kahwin. Tapi kali ni, dia bersemangat sebab nampak banyak orang di TikTok buat trip backpacker. Dia pun bilang, "Ahh, senang jak ni bah!"
Pengajaran Pertama - Tersalah Homestay
Hari pertama, dia sampai di Kudat. Dia booking homestay murah dari satu page Facebook, tapi masa sampai, homestay tu bukan homestay—rupanya bilik atas kedai runcit. Paling bikin panas, dia terpaksa share bilik sama tuan rumah yang kuat berdengkur.
Malam tu, dia nda dapat tidur sebab tuan rumah bukan setakat berdengkur, siap bercakap dalam tidur. Ada sekali tu, tuan rumah menjerit, "Lari! Lari! Ada hantu!" Si Jimi hampir keluar bilik lintang-pukang, tapi bila dia intai, rupanya si pakcik tu tengah mimpi main PUBG.
Makanan Pedas Bikin Susah
Lepas selamat keluar dari Kudat, si Jimi sampai Sandakan. Dia excited mau makan makanan tempatan. Dia pigi satu gerai yang ramai orang dan order "Mi Udang Spesel Pedas".
"Pedas biasa jak bah ni?" tanya Jimi sama makcik gerai.
Makcik tu senyum-senyum dan bilang, "Biasa jak tu, bosku."
Tapi, baru suap dua kali, peluh si Jimi macam air hujan turun. Lidah dia rasa terbakar, sampai dia hampir minum sos kicap ingat itu air sejuk. Kawan sebelah pun ketawa sambil rekod TikTok.
Dugaan di Semporna
Hari terakhir, dia sampai di Semporna. Dia excited sebab mau island hopping. Tapi masa dia naik bot, dia lupa satu benda penting—DIA TAK BIASA NAIK BOT.
Mula-mula, dia ok lagi, posing-posing ambil gambar. Tapi bila laut makin bergelombang, dia rasa kepala dia goyang macam kipas siling rosak.
"Bos, saya macam mau muntah sudah ni," bisik Jimi sama tekong bot.
"Jangan muntah dalam bot ah, mahal ba cuci!" kata tekong tu sambil gelak.
Akhirnya, Jimi bertahan sampai pulau, tapi semua gambar yang dia plan mau ambil sudah tidak jadi. Sebab masa sampai pantai, dia terus terbaring macam dugong kepenatan.
Pengajaran dari Trip Paling Haru
Lepas habis trip, si Jimi buat satu kesimpulan—bukan semua orang boleh jadi backpacker macam dalam TikTok! Kalau dari awal dia guna Stay Sabah, mesti dia nda tersalah booking homestay, tau mana gerai yang makanannya nda bikin menangis, dan pilih pakej island hopping yang nda bikin dia trauma laut.
Moral cerita? Jangan ikut trend tanpa buat research! Hahaha!
0 Comments