Haa geng, kalau kamu planning mau bercuti, jangan main sebarang book ja tu tempat tinggal! Bukan semua sama bah. Ada yang murah, ada yang mahal, ada yang ngam-ngam jak untuk tidur, ada juga yang bikin rasa macam raja. Jadi, jom kita check jenis-jenis tempat tinggal yang kamu boleh pilih!
1. Hotel – Tempat Orang Kaya Raya
Kalau kamu rasa duit kamu terlalu banyak sampai nda tau mau buat apa, boleh lah tidur di hotel! Ada yang standard, ada yang mewah macam istana. Yang mahal tu siap ada breakfast buffet, ada spa, ada kolam renang sampai kamu nda mau balik rumah sudah. Contoh di Sabah? Shangri-La, Hilton, Hyatt—semua tempat orang kaya!
2. Motel – Hotel Versi Bajet
Motel ni untuk yang budget trip tapi mau juga tidur dengan aircond. Selalunya di tepi jalan utama, senang parking, dan kalau ada rezeki, boleh nampak kereta parking depan bilik. Sesuai untuk yang road trip atau yang malas angkat beg jauh-jauh. Contohnya kalau di Sipitang ada Pan Borneo Motel.
3. Chalet – Macam Balik Kampung Tapi Ada Bayar
Kalau kamu mau percutian yang lebih nature vibes, chalet la pilihan terbaik! Biasanya di tepi pantai, dalam hutan, atau kaki gunung. Rumah kayu, ada balkoni, boleh buat gaya-gaya lepak minum kopi sambil tengok sunset. Tapi hati-hati geng, kalau yang di hutan, jangan terkejut kalau tiba-tiba ada cicak saiz dinosaur sapa-sapa dalam bilik.
4. Homestay – Rasa Macam Rumah Sendiri (Tapi Bukan)
Homestay ni best sebab rasa macam tinggal di rumah sendiri. Ada dapur, ada ruang tamu, ada bilik lebih. Sesuai untuk yang bercuti dengan keluarga besar atau yang suka masak sendiri. Tapi jangan buat gaya macam rumah sendiri betul-betul sampai angkat TV tu balik rumah!
5. Resort – Level Bos-Bos
Kalau kamu ada duit lebih sikit (atau menang loteri), boleh try resort. Ini level bos-bos juga la! Semua ada—pemandangan lawa, servis tip-top, makanan sedap, aktiviti penuh. Mau berendam di infinity pool sambil minum jus mangga? Nah, resort la tempat dia!
6. Villa – Rumah Mewah Untuk Kumpulan Besar
Villa ni biasanya rumah besar yang ada private pool. Sesuai untuk yang bercuti dengan geng ramai-ramai. Boleh buat BBQ, boleh buat pool party, boleh juga buat gaya-gaya macam Tuan Rumah yang ada tanah beratus hektar (walaupun sebenarnya sewa jak).
7. Capsule Hotel – Tidur Dalam Kotak
Ini kalau kamu jenis solo traveler atau mau tidur sekadar lelap mata ja, boleh try capsule hotel. Bilik dia kecik, ngam-ngam muat badan ja, tapi cukup la untuk rehat. Sesuai untuk yang transit atau malas bayar lebih. Cuma kalau kamu jenis tidur lasak, hati-hati la, takut tendang dinding kapsul sampai pecah!
8. Hostel / Dorm – Sharing is Caring
Ini untuk backpackers yang suka berkenalan dengan orang baru. Satu bilik ada banyak katil, jadi siapa yang kuat berdengkur, sila tempah bilik private sebelum orang lain protes! Tapi yang best, murah gila, dan boleh jumpa pelancong dari seluruh dunia.
9. Bed & Breakfast – Dapat Sarapan Free!
Homestay versi upgraded! Bukan setakat ada tempat tidur, tapi tuan rumah siap bagi breakfast sekali. Kalau di Sabah, mungkin boleh dapat nasi kuning, mee tuaran, atau roti kahwin. Sedap tu! Tapi jangan pula kamu anggap boleh request breakfast buffet macam hotel ya.
10. Glamping – Camping Tapi Mewah
Kalau kamu jenis yang mau merasa camping tapi takut pacat, boleh try glamping. Ini glamorous camping! Ada khemah tapi dalam dia ada tilam empuk, lampu lawa, siap ada bilik air private. Jadi feeling berkhemah tapi nda perlu ikat khemah sendiri. Win!
11. Boutique Hotel – Kecil Tapi Unik
Hotel kecil yang ada tema tersendiri. Ada yang konsep klasik, ada yang hipster, ada yang macam dalam movie. Kalau kamu jenis yang suka Instagram, tempat ni memang wajib masuk dalam itinerary!
12. Houseboat – Rumah Atas Air
Mau tidur sambil terapung? Nah, houseboat la jawapannya! Ada katil, ada dapur, ada ruang tamu, tapi atas air. Kalau di Sabah, ada houseboat di Semporna yang boleh bawa kamu jalan-jalan keliling pulau. Cuma kalau mabuk laut, jangan harap la tidur nyenyak!
Jadi geng, mana satu pilihan kamu? Kalau kamu masih bingung, kasi check Stay Sabah dulu! Semua jenis penginapan ada, tinggal pilih ikut bajet dan citarasa. Yang penting, bercuti tu mesti enjoy, jangan sampai balik rumah dompet kosong baru panik! Rasa la kau..
0 Comments